Friday, 16 May 2014

MENDIANG SEAH LEONG PENG TERIMA UGUTAN DARI KONCO-KONCO NGA KOR MING KETIKA SEDANG SAKIT !!!


DAP menerusi Ngah Kor Ming telah melakukan penipuan apabila meuar-uarkan kononnya mereka telah memberikan bantuan kepada keluarga Seah Leong Peng, bekas Ahli Parlimen Teluk Intan yang meninggal dunia baru-baru ini. Kononnya, DAP telah bermurah hati mendermakan RM3000 kepada keluarga Ahli Parlimen tersebut.



Mendiang Seah Leong Peng

Bagaimanapun, isteri Seah Leong Peng menafikan pemberian bantuan daripada DAP bahkan meminta agar Ngah Kor Ming tidak lagi menggunakan pembohongan berkenaan semata-mata untuk menaikkan namanya di Teluk Intan.


Memang benar Ngah Kor Ming selaku pembesar DAP Perak telah mengeluarkan bantuan dan derma kepada keluarga Seah Leong Peng. Namun pemberian tersebut telah ditolak bulat-bulat oleh balu Seah Leong Peng. Sebaliknya, balu Seah Leong Peng mengucapkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak yang telah membantu anaknya untuk memasuki sebuah kolej matrikulasi setelah Zambry Abdul Kadir menjanjikan pertolongannya.

Malam tadi, satu memorial telah dibuat oleh DAP konon-kononnya untuk memperingati Seah Leong Peng. Bagaimanapun, isteri dan keluarga Seah Leong Peng memulau majlis tersebut kecuali seorang anak bekas Ahli Parlimen Teluk itu. Dan dalam memorial yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu, tiada langsung cerita tentang Seah Leong Peng, sebaliknya hanya berkisarkan tentang ceramah serta kempen untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional walaupun pada dasarnya kerusi Teluk Intan dipegang oleh DAP dan masih tidak memberikan sebarang impak kejatuhan kepada Barisan Nasional.

Semuanya bermula apabila Seah Leong Peng dimasukkan ke hospital kerana menghidap barah. Tiga hari selepas Seah Leong Peng dimasukkan ke hospital, Nga Kor Ming telah menghantar konco-konconya bertemu dengan Seah Leong Pen untuk memaksanya melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan bagi membolehkan satu pilihanraya kecil dilangsungkan dan Ngah Kor Ming meletakkan proksinya di Teluk Intan untuk menyaingi grup Kulasegaran yang menjadi saingannya dalam DAP Perak.
Zambry Abdul Kadir ketika menziarahi mayat Seah Leong Peng di rumah keluarganya. 

Keengganan Seah Leong Peng untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang dituntut dan didesak oleh Nga Kor Ming mengakibatkan tekanan berterusan dilakukan. Menurut balu Seah ketika diwawancara oleh wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina, panggilan-panggilan telefon, desakan serta ugutan yang dibuat oleh konco-konco Nga Kor Ming, menyebabkan suaminya semakin tertekan dan penyakitnya bertambah berat.

Wawancara dan penjelasan oleh balu Seah Leong Peng akan disiarkan oleh akhbar Sin Chew pada hari Isnin nanti.

Dalam keadaan tertekan dan ditambah pula dengan penyakit yang dideritainya, akhirnya Seah Leong Peng meninggal dunia.

Walaupun agak keterlaluan, namun Nga Kor Ming merupakan antara penyumbang kepada kematian Seah Leong Peng. Demikian menurut balu Seah Leong Peng.

Dalam memorial memperingati Seah Leong Peng yang diadakan semalam, Nga Kor Ming tidak hadir. SUMBER

No comments: