Friday, 16 May 2014

KERAJAAN ZALIM - HARGA PETROL DI MALAYSIA TERLALU MAHAL ???!!!


Kenapa harga minyak Malaysia mahal berbanding Brunei?

Benarkah harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain.

Oleh kerana Malaysia berada dalam kawasan Asia Tenggara, kita buat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara jiran terdekat Asia Tenggara yang selalu menyeludup dan merompak beribu-ribu gelen dan liter minyak kita sehari!

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.39 seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.64 (BND0.51) seliter bagi RON 97.

Ternyata Malaysia masih termurah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN selain Brunei. 

Kenapa Brunei murah? Sebabnya Brunei adalah negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia (412,238 orang - tahun 2012). Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak.


Ataupun mungkin petrol murah di Brunei kerana negara itu laksanakan hudud. Sepertimana juga Finland mampu memberikan pendidikan percuma kerana kadar GSTnya 24%? Mungkinkah?

Hakikatnya, Malaysia bukanlah sebuah negara yang layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya. Standard produksi anggota OPEC adalah melebihi 1 juta tong sehari. Indonesia pun disingkirkanpada September 2008 kerana tidak memenuhi keperluan OPEC itu.

Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang selalu dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, Arab Saudi harga minyaknya hanyalah RM0.50 seliter. Ada segelintir orang yang mempertikaikan kenapa Arab Saudi mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Sedangkan Malaysia juga sebagai negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Arab Saudi.


Sekali lagi tak perlu tertipu dan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Seperti ditegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Arab Saudi mengeluarkan 9,570,000 tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 219,300 tong sahaja.

Malaysia merupakan negara memberi subsidi yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia. Malaysia membelanjakan 54% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat setiap tahun.

Kenapa ada yang bising bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang jer. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Hakikatnya, harga minyak memang tak naik cuma subsidi diberikan selama ini dikurangkan. Ini menyebabkan harga minyak naik.  

Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik contohnya perbelanjaan subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.



Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang sering menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta merta turun.

Sebagai sebuah negara yang menganggotai pelbagai pertubuhan dunia dan berdagang secara global Malaysia terdedah pada perubahan harga global dan perlu mematuhi setiap perjanjian serta persepakatan ekonomi dan politik yang dibuat oleh badan-badan dunia itu. Jika tidak mahu, Malaysia akan diboikot oleh dunia dan hidup terpencil atau dikucilkan seperti Myanmar, Korea Utara, Cuba dan Iran. Hiduplah sendiri menanggung bebanan ekonomi hingga menyusahkan rakyat lagi. 

Janganlah kita samakan menurunkan harga minyak sama seperti memberikan harga subsidi 20 meter padu air. Air boleh didapati merata-rata ceruk. Tapi minyak perlu digali dan diproses supaya dapat digunakan. Semuanya melibatkan kos yang banyak. Tak boleh guna tahi hidung untuk dapatkan petrol yang murah.

Haiya...Lim Guan Eng pun pening kapla pikir pasal subsidi lo. Sumber http://limguaneng.com/index.php/2011/06/29/

Petikan dari mymassa.blogspot.com

No comments: