Monday, 5 May 2014

ISU KALIMAH ALLAH : MAHKAMAH TINGGI TOLAK PERMOHONAN GEREJA SIB


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin menolak permohonan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang pengimportan bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah bukan sebahagian daripada kepercayaan dan pegangan agama Kristian.

Permohonan tersebut dibuat oleh Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan KDN berhubung perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi kalimah Allah.

Pada 10 Disember 2007, Dusing, 60, dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memfailkan permohonan tersebut terhadap

Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama dan kedua dengan mengemukakan sebanyak 22 tuntutan.

Antara perintah yang dimohon adalah untuk membatalkan keputusan menteri yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain.

No comments: