Monday, 5 May 2014

AKTA HASUTAN : TERESA KOK DIDAKWA DI MAHKAMAH ESOK

alt

KUALA LUMPUR 5 Mei  :
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa di mahkamah esok berikutan penyiaran video kontroversi Tahun Baharu Cina berjudul  'Onederful Malaysia' yang melibatkannya sebelum ini.

Beliau akan didakwa di mahkamah bawah Akta Hasutan.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa 'berlakon' sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Post a Comment