Friday, 2 May 2014

#BANTAHGST : INILAH WAJAH-WAJAH YANG TERLIBAT PERGADUHAN SAMM VS UNIT AMAL PAS




GAMBAR wajah-wajah di atas adalah dipercayai sebahagian dari mereka yang terlibat dalam pergaduhan yang tercetus membabitkan anggota SAMM dengan Unit Amal PAS di Perhimpunan Haram BantahGST semalam. Yang paling mendukacitakan adalah kesemua mereka adalah MELAYU....



Manakala gambar wanita itu pula adalah salah seorang wartawan yang dikatakan menjadi mangsa serangan ganas para pendemonstrasi ahli-ahli SAMM.



Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Arif Yusof jikalau ditanya, sudah tentu ada jawapannya iaitu POLIS TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB berdasarkan kepada Akta Perhimpunan Aman.

Kalau ditanya kepada PDRM pula, sudah tentu jawapannya ialah, Hakim Mahkamah Rayuan sendiri yang memutuskan bahawa Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan dan sekiranya mereka menguatkuasakan undang-undang tersebut, mereka pula yang akan didapati bersalah dan dipenjarakan oleh hakim-hakim berkenaan.

Dalam keputusan terhadap Nik Nazmi yang menganjurkan demonstrasi di Stadium Kelana Jaya, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan polis menangkap penganjur dan mendakwanya, sebagai tidak menepati Akta Perhimpunan Aman. Polis hanya boleh melakukan sekatan tetapi tidak boleh menangkap penganjur.

Dengan kata lain, daripada  menjadi macai tanpa sebarang keputusan yang konkrit dan positif, lebih baik tengok sahaja hasil daripada keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan tersebut.

Pastinya para penganjur akan menyalahkan polis kerana tidak menjaga perhimpunan 'aman' tersebut. Dan tidak mustahil juga, mereka tidak akan menyalahkan diri sendiri, sebaliknya mencari-cari kesalahan orang lain sepertimana yang mereka lakukan dalam demonstrasi BERSIH yang menyaksikan anggota-anggota polis ditumbuk, diterajang, dibelasah dan kenderaan polis serta harta awam dirosakkan.

Kali ini, disebabkan tidak ada anggota polis yang terpacak untuk dibelasah, mereka membelasah wartawan dan sesama sendiri pula!!! - TFK

No comments: