Friday, 25 April 2014

RAFIZI PEMBOHONG BESAR MENGENAI GERAN MOSTI

alt

KUALA LUMPUR 25 April : 
Laman blog politik RBF Online hari ini mendedahkan beberapa dokumen yang membuktikan pembohongan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung permohonan geran melibatkan NSE Resource (M) Sdn Bhd di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Apa yang Rafizi kata ?
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources 
rafiziramli.com
RBF Online juga  memaparkan satu komen yang telah dihantar ke post sebelum pendedahan tersebut :

Anonymous said... 
blogger macai umno/bn/najib/rosmah sudah kepanasan.jgn main2 sama rafizi.rafizi kalau buat pendedahan mesti ada bukti&asas.semua surat dia keluarkan sbg bukti.bukan sprti blogger macai penjilat rosmah ni.cakap kerajaan ada saham tapi satu bukti pun tak tunjuk.kesian kau blogger macai.jilat najib kuat2 lagi.kau tak sedar ke najib bapa rasuah negara? 
April 24, 2014 at 6:11 PM

"Seperti yang saya katakan semalam, apa yang didakwa Rafizi adalah satu pembohongan. Dia kata kerajaan tiada apa-apa pegangan pun dalam Nse Resources. Dan penjilat tegar dia pun percaya satu peratus dan tanya mana bukti," katanya. 

Beberapa dokumen berikut mendedahkan beberapa penama yang membuktikan bahawa kenyataan Rafizi sengaja memanipulasikan syarikat berkenaan dengan menuding jari penglibatan secara langsung dari pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini.

Maklumat perniagaan NSE Resources
Jumlah saham yang dibenarkan dan jumlah saham yang telah diterbitkan
Pemegang saham : Perhatikan yang nombor 3. Tertera di situ nama MALAYSIA VENTURE CAPITAL MANAGEMENT BERHAD dengan nombor pendaftarannya 545446-U yang memegang 1,050,00 saham dalam  NSE Resources.

Seterusnya jom kita lihat pula siapa yang dibelakang MALAYSIA VENTURE CAPITAL MANAGEMENT BERHAD ?

Maklumat perniagaan Malaysia Venture Capital Management Berhad dengan nombor pendaftaran 545446-U
Jumlah saham yang dibenarkan dan jumlah saham yang telah diterbitkan
Nah ambil kau ! Lihat sendiri siapa di sebalik Malaysia Venture Capital Management Berhad ? Kalau tak pandai bahasa inggeris aku boleh tolong terjemahkan. The Minister Of Finance (Incorporated) = Menteri Kewangan (Diperbadankan). Siapa lagi Menteri Kewangan Diperbadankan kalau bukan milik kerajaan ? Samalah seperti di Selangor Menteri Besar Incorporated (MBI). 

Baca seterusnya... di sini

No comments: