Saturday, 8 February 2014

USTAZ NASHA MAHU PAS KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG.... PUAK ANWARINAS PANAS BONTOT !!!!


Sudah kedengaran puak-puak pro Anwarinas mula panas dengan tindakan Nasharudin yang sengaja memanaskan keadaan ketika, puak pro Anwar bertungkus lumus meyakinkan pengikut mereka untuk terus bersama dengan Anwar walaupun ketika ini Anwar lebih dilihat sebagai dahagakan kuasa sehingga sanggup mengorbankan DUN Kajang bagi membolehkan dirinya bertanding dan menjawat jawatan MB Selangor.
Sebenarnya Anwar sengaja bermain isu ini demi agenda lebih dahsyat dan bahaya melibatkan istana baca di sini

Namun bergitu sokongan PAS adalah penting terutama menghadapi kempen PRK Kajang. Tetapi tindakan Nasharudin jelas memberi kesan tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh.

PAS mesti keluar pakatan
PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam. 
Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. 
Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS. 
Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya. 
PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline
Sementara itu tindakan Lim Kit Siang yang mempertikai khutbah jumaat yang melibatkan ayat 120 surah Al Baqarah jelas membuktikan keluhan Nasharudin adalah benar dan tepat mengenai DAP yang lebih cederung parti Anti Islam. Rujuk sini

Bolehkah kita yang yakin dengan ajaran islam mula membuka mata dengan apa diperkatakan oleh Nasharudin? Baca lagi ... DI SINI

No comments: