Saturday 8 February 2014

BALAI POLIS BUKIT TENGAH DI SERANG LETUPAN MERCUN BERKUASA TINGGI


Bukit Mertajam 8 Februari : Sebuah kejadian letupan telah dilaporkan berlaku pada awal pagi ini di Balai Polis Bukit Tengah.

Ketika kejadian, dua orang anggota polis sedang melakukan rondaan di kawasan balai telah terdengar sebuah letupan kuat dari arah hadapan balai dan bergegas untuk membuat pemeriksaan.

Anggota yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan tidak ternampak mana-mana saspek dan hanya mendengar bunyi motosikal memecut laju meninggalkan kawasan kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati bahagian cermin serta bumbung di hadapan balai berkenaan pecah dan rosak akibat letupan tersebut. Daripada siasatan awal, dipercayai bahan letupan yang digunakan adalah merupakan mercun yang berkuasa tinggi.



Dari itu, pihak polis telah membuat semakan berdasarkan repot dalam tempoh dua minggu dengan jumlah 528 laporan di mana salah satunya melibatkan tangkapan ke atas seorang lelaki cina yang memiliki bahan bunga api dan mercun bernilai RM600 dan kes masih di dalam siasatan.

Tiada sebarang kecederaan direkodkan dan tiada orang awam berkunjung ke balai pada waktu berkenaan. Kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.

Motif kejadian belum dikenalpasti, namun pihak polis tidak menolak kemungkinan kes berunsur khianat ini adalah kerana tidak puas hati.

Pihak forensik dan unit bom masih meneruskan siasatan di tempat kejadian.  

No comments: