Tuesday, 11 February 2014

SHAFEE ABDULLAH KEKAL PENDAKWARAYA KES RAYUAN LIWAT ANWAR IBRAHIM DITERUSKAN ESOK


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya bagi pihak Rakyat (Kerajaan) dalam kes Rayuan Liwat beliau.

Permohonan Anwar gugur Shafee ditolak

Ketua Hakim Malaya, Zulkefli Ahmad Makinuddin, yang mengetuai lima orang hakim lain, ternasuk Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar, Zaleha Zahari dan Jeffrey Tan Kok Wha.

Ini merupakan cubaan kali kedua Anwar berusaha mengenepikan Shafie daripada mengetuai pasukan pendakwaraya bagi kes rayuan liwat ini.

Esok Mahkamah akan mendengar rayuan pihak Kerajaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. myKMU

No comments: