IPOH : Kawasan hutan seluas lapan hektar di Gua Tempurung dekat Ipoh, terbakar dipercayai berpunca daripada panahan petir.
Kebakaran dilaporkan berlaku lewat petang semalam dan berterusan sehingga kini, apabila pihak bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk memadamkannya berikutan keadaan cerun 80 hingga 90 darjah selain pancutan air paip bomba tidak sampai ke kawasan kebakaran.
Insiden itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Yahaya Madis.
Beliau berkata, sebuah helikopter jabatan berkenaan turut membantu membuat pemantauan udara jam 2 petang tadi.
No comments:
Post a Comment