![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRO-fYcB_PYx-dclwF5wAva0ZfumhbR7mRkHPN7FnNElPB7OPSTYsvfdWPkPPtlLMB_QE0KYYJtCjhNwuf9dtoUE7mrhIZJSA0BWbJn-hKyA8ZqJiMGgngwwDgCa4S1M2Thoyu4u_XZ3k/s1600/1619400_661029803943113_1182702233_n.jpg)
Sebentar tadi, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Bandaraya Kuching ini.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg99pnzrhJau4_hy1aDtJnC4MCyXloVQvUQn8XdyFkQbt8HFO1-NPEEMNlUtBEmVu9polKNtmxTFWT2lyamq8PSMjOv6Wc8U2C0N-0m0EC3jJxAWnupYHQLTKK8gilc_O2gbOAsw_XCEqg/s1600/9938_661036233942470_1224890502_n.jpg)
Sumber menyatakan kebakaran dikesan di tingkat 1 di bahagian bangunan berdekatan dengan unit kecemasan HUS lebih kurang jam 4.30 petang tadi.
![](http://3.bp.blogspot.com/-gZGkIYbvJMQ/Uv9HdnnrqHI/AAAAAAAAJuk/knx9BM7zswg/s640/1621994_671457512900630_1378248923_n.jpg)
Difahamkan pesakit-pesakit juga telah dipindahkan keluar dari wad masing-masing demi keselamatan mereka.
![](http://2.bp.blogspot.com/-i00dJDG3NEY/Uv9HfYRSWgI/AAAAAAAAJvU/mTpNjqOBtHw/s640/1904138_671457492900632_1404031115_n.jpg)
Di bawah ini adalah laporan awal kejadian-
Insiden : Kebakaran longgokan sisa sampah pembinaan
Alamat : Bangunan Blok Baru Hospital Umum Sarawak Tingkat 1, Kuching, Sarawak
Terima Panggilan : 17:02:58 dari RC Kuching/ PGO Sarawak/Kawalan Batu Lintang
Status Insiden : Kebakaran dilaporkan adalah kebakaran melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tersebut di tingkat 1 Blok Bangunan Hospital Umum Sarawak dan tidak melibatkan struktur bangunan.
Balai terlibat: Keluaran seramai 8 orang dari BBP Batu Lintang bersama sebuah jentera Scania. Bantuan dari BBP Kuching seramai 8 orang diketuai PBKII Sahabudin bersama sebuah jentera Scania dan RIM 3 buah motosikal.
Mangsa : Seorang mangsa rentung
![](http://1.bp.blogspot.com/-l-D0Xo5o0Vo/Uv9He_xmxrI/AAAAAAAAJu4/JeaSi4TKClc/s640/1620741_671457556233959_1065260888_n.jpg)
(Updated) Api dipercayai bermula di bahagian Auditorium HUS di sebabkan kerja pengimpalan yang sedang dijalankan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat swasta yang memasang rangka besi sokongan lampu pentas tersebut yang dikatakan menjadi terlalu panas akibat kerja-kerja kimpalan menyebabkan PU berdekatan terbakar. Di fahamkan kerja-kerja kimpalan sepatutnya tidak boleh dilakukan pada kawasan PU. Salah seorang dari pengimpal syarikat tersebut disahkan rentung dalam kebakaran namun identitinya masih belum didedahkan.
![](http://signatures.mylivesignature.com/54490/246/537F588363945CC3AFD8BF69CD1584C1.png)
No comments:
Post a Comment