Friday, 21 February 2014

ISU HADIS - DR. MAZA SAHKAN BAKAL BERDEBAT DENGAN KASSIM AHMAD

KUALA LUMPUR :  Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mengesahkan beliau bakal berdebat dengan Dr. Kassim Ahmad dalam satu dialog dianjurkan oleh Sinar Harian pada 3 Mac ini.
Katanya menerusi laman Facebooknya, persiapan mengenai dialog itu sedang dijalankan oleh pihak penganjur.

“Pihak Sinar Harian dan Majalah I sedang mengatur satu dialog terbuka antara Dr MAZA dan Dr Kassim Ahmad tentang isu hadis. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya menerusi laman Facebook.
Beliau yang mempunyai PhD dalam bidang hadith turut berharap agar dialog yang dirancang itu dipermudahkan.
“InshaAllah pada asasnya pihak Sinar Harian sudah mendapat persetujuan untuk satu dialog tentang hadis antara Dr Kassim Ahmad dan Dr MAZA pada 3 Mac 2014 di Karangkraf. Pengurusan sedang dilakukan. Moga Allah mudahkan”, katanya.
Dr. Kassim Ahmad beberapa hari lalu menggemparkan negara apabila mengeluarkan beberapa kenyataan yang bersifat kontroversi ketika seminar pemikiran Kassim Ahmad yang diadakan di Putrajaya.
Antara kenyataan yang didakwanya adalah Islam di negara ini telah diselewengkan oleh “kasta paderi” yang dipanggil ulama.
Selain itu beliau turut mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad.
Berikutan kenyataan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuka kertas siasatan diatas pandangan Kassim yang bercanggah dengan prinsip Islam dan ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan masyarakat Islam di Malaysia.

1 comment:

Unknown said...

Salam utk semua,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain.

Cuba tanya pada diri sendiri di manakah keimanan kita yg sebenarnya? Mahu percaya kpd Allah SWT atau percaya para alim ulama (tdk ramai ulama yg benar2 mengkaji Al-Quran, mereka hanya baca tafsir2 yg terdahulu maka sbb itu mereka sendiri tdk nampak kehebatan dan kekuatan Al-Quran)? Para ulama tdk nampak kehebatan Al-Quran sbb mereka baca Al-Quran seperti burung kakak tua, mereka tdk menggunakan akal fikiran mereka! Mereka tdk mengkajinya dgn mendalam dan bersungguh2.

Allah SWT mengatakan Al-Quran adalah kitab yg lengkap, sempurna, dan menjelaskan segala perkara. Al-Quran adalah lebih baik dari segala-gala kitab, Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Malah Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah dgn Al-Quran bukannya Al-Hadith (percakapannya sendiri) (50:45) sbb Al-Quran adalah bukti yang paling jelas akan kewujudan, keesaan, dan keperkasaan Allah SWT.

Fikirkanlah siapa yg sesat dan siapa yg beriman? Adakah orang yang anti-hadith atau org yang anti-Quran? cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Adakah org2 yg memperjuangkan Al-Quran itu sesat atau para ulama yg tdk faham kehebatan dan kemukjizatan Al-Quran?