Thursday, 20 February 2014

DATUK LOKMAN MELETAK JAWATAN KALI KE-2 TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PROTON

alt

KUJALA LUMPUR 20 Feb - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Lokman Ibrahim telah meletakkan jawatannya untuk kali ke-2 setelah kali pertama dilakukannya pada 2013.
 
Terdahulu ketika diserap kembali menjawat jawatan sama di dalam Proton, Lokman menyatakan terdapat perkara yang perlu diselesaikannya.
 
Desas desus dalaman mengatakan beliau mendapat tekanan daripada orang kuat DRB-Hicom sejak pengambilalihan pegangan Proton pada 2012.
 
Namun tegas Lokman, perletakan jawatannya pada ketika itu bukanlah di atas tekanan dari sesiapa berikutan ianya merupakan keputusannya sendiri.
 
Lokman dilantik memgang jawatan berkenaan pada 1 Mei 2012, dua bulan selepas DRB mengambil alih Proton.
 

No comments: