Saturday 1 February 2014

70 KERETA MEWAH ANTARA 100 KENDERAAN TERBAKAR DAN MELETUP AKIBAT UPACARA BAKAR KERTAS TAHUN BARU CINA


Sebanyak 100 daripada 150 buah kenderaan yang disimpan dalam stor penyimpanan sebuah bengkel di Parit Bakar, meletup dan hangus terbakar sehingga mengakibatkan kerugian RM2.2 juta. 

Daripada jumlah keseluruhan 100 buah kenderaan yang terbakar, 70 daripadanya ialah kereta mewah, manakala 10 buah lagi ialah lori dan treler, dan selebihnya ialah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, keadaan malam tadi yang panas dan berangin menjadi faktor utama api merebak dengan cepat sebelum menyambar stor penyimpanan.
"Siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur khianat dalam kejadian itu dan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi."  

Kejadian yang berlaku kira-kira 9.45 malam tadi dipercayai berpunca daripada kegiatan membakar kertas upacara keagamaan oleh penduduk berdekatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum merebak ke rumput kering di luar stor berkenaan.

No comments: