BERIKUT artikel yang aku petik dari themalaysianinsider. Aku tertarik dengan artikel ini sebab nama bekas Sultanah Johor ada di dalamnya. Sebenarnya 'cerita-cerita' dalam istana memang jarang diketahui oleh rakyat. Jarang tersebar dan kalau adapun semuanya cerita yang baik-baik sahaja dan itu adalah normal. Serius....aku juga langsung tidak pernah tahu bahawa Almarhum Sultan Johor pernah menceraikan Tuanku Zanariah dengan talak tiga....sehinggalah terjumpa artikel ini.......
" Bekas Sultanah Johor mungkin perlu mewakili dirinya sendiri apabila datang ke Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru 20 Januari ini untuk mengenepikan perintah bahawa suaminya Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail sudah menceraikannya.
Sebabnya: Jabatan Kehakiman Syariah Johor mengumumkan bahawa tidak ada peguam Syariah boleh muncul di mahkamah mulai 20 Januari 2014 ini dan seterusnya sehingga mereka mengemukakan sijil amalan mereka sedangkan, sijil guaman mereka hanya sah tempoh sehingga 19 Januari ini.
Pengumuman ini, yang belum pernah berlaku, datang melalui surat bertarikh 5 Januari yang ditujukan kepada Presiden Persatuan Peguam Syariah, Johor.
Surat itu dilihat oleh The Malaysian Insider telah ditandatangani oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Johor, Lokman Hakim Tuan Kamaludin.
Kes bekas Sultanah, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad, yang juga bekas Raja Permaisuri Agong, bermula pada 1 Januari apabila beliau memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah bertarikh 30 September 2010.
Perintah itu menyatakan bahawa sultan telah menceraikan Tuanku Zanariah dengan "talak tiga" dan oleh itu pembatalan (sebagai suami isteri) perceraian itu dibuat seminggu kemudian, adalah tidak sah.
Pengumuman oleh Jabatan Kehakiman Syariah Johor telah mengejutkan peguam Syariah bukan sahaja di Johor tetapi negeri-negeri lain juga.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider keputusan itu bermakna bahawa peguam Syariah tidak dapat menghadiri mahkamah walaupun untuk pengurusan kes.
Menurut sumber, dalam keadaan biasa peguam Syariah akan dibenarkan untuk menjalankan tugas guaman tanpa lesen mereka selagi telah membayar yuran pembaharuan kepada Jabatan Agama Johor pada akhir tahun sebelumnya.
Lesen guaman kemudian akan dikeluarkan biasanya pada bulan Januari atau lebih lewat.
Seorang peguam Syariah yang telah berpengalaman selama 30 tahun, bercakap tanpa mahu namanya disiarkan berkata, ini adalah kali pertama Jabatan Agama Johor mengeluarkan surat menghalang mereka daripada bertindak sebagai peguam tanpa sijil rasmi.
"Ini akan melumpuhkan operasi Mahkamah Syariah di negeri ini," kata beliau.
"Malah peguam Syariah di luar Johor tidak akan dapat bertugas di negeri ini berikutan langkah ini.
TEMAN KATA : Ada blog mengenai permaisuri DiRaja....
Cuba lihat http://warisanpermaisuri.blogspot.com/
1 comment:
Assalamualaikum. Terima kasih banyak2 sudi share blog saya. setinggi- tinggi penghargaan saya rakamkan. :)
Post a Comment