Thursday 16 January 2014

SIAPA SEBENARNYA PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI PERGUNAKAN ANAK-ANAK YATIM UNTUK KUTIP DERMA MASUK POKET SENDIRI ..!!!


Menyingkap kisah mengenai layanan buruk Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah, diterajui Prof. Dato' Wira Hj Khairil Annas Jusoh, terhadap anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin baru-baru ini (baca artikel sebelumnya.... DI SINI) akhirnya membongkar rahsia lebih besar mengenai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri itu.

Beberapa dokumen Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, bertarikh Ogos 2010) mendedahkan bahawa Khairil Annas mempunyai kecenderungan kepada seks luar tabi'e atau homoseksual, seperti terkandung dalam affidavit bekas isteri Khairil Annas, Syarifah Nabila Sara Syed Abdul Rahman yang menyebut;

Tindakan Defendan (Khairil Annas) yang menceritakan saiz kemaluan kawan-kawannya kepada Plaintif (Syarifah Nabila) betul-betul bersifat luar tabi'e dan telah mencarik perasaan hormat Plaintif terhadap Defendan sehingga telah menimbulkan syak yang amat kuat di dalam pemikiran Plaintif bahawa Defendan seorang homoseksual.


Berdasarkan keterangan Syarifah Nabila juga mendapati bahawa beberapa perlakuan Khairil Annas jelas menunjukkan bahawa Pegawai Khas Perdana Menteri itu juga lebih berminat untuk bergaul dan bermesra bersama-sama kaum sejenisnya (lelaki), berbanding isterinya sendiri, berdasarkan keterangan-keterangan seperti dalam dokumen di bawah.



















Seandainya dakwaan mengenai sifat homoseksualiti Khairil Annas adalah benar, maka Perdana Menteri sebagai majikan harus memikirkan semula keperluan untuk mengambil Khairil Annas sebagai pegawai khas merangkap penasihat beliau. 

Kita tidak mahu disebabkan sikap dan perangai seseorang pegawai yang memalukan, Perdana Menteri pula kelak bakal menerima aibnya. Dan disebabkan itu, sekali lagi, Perdana Menteri wajar menilai kembali keperluan Khairil Annas untuk terus dikekalkan sebagai pegawai khas kepada beliau. SUMBER

No comments: