MADINAH - ARAB SAUDI. Saudi Arabian Airlines Boeing 767 melakukan pendaratan cemas di kota Madinah mengakibatkan 29 cedera dan tiga daripadanya cedera parah, kata pihak berkuasa.
Pesawat 767-300ER itu tiba dari bandar Iran, Mashhad dengan membawa 315 penumpang.
Pegawai penerbangan berkata, peralatan pendaratan sebelah kanan belakang gagal berfungsi.
Pesawat itu dilaporkan telah disewa untuk membawa jemaah ke kota Madinah.
Semua penerbangan ke Madinah telah dihentikan selama 24 jam kata syarikat penerbangan tersebut.
Saksi mata di Lapangan Terbang Putera Abdul Aziz berkata, pesawat itu cuba melakukan pendaratan dua kali sebelum membuat pendaratan cemas.
Jurucakap Penerbangan Awam, Khaled Abdullah Khaybari berkata, kecederaan berlaku apabila penumpang bergegas untuk meninggalkan pesawat selepas berlaku pendaratan.
Penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. SH
No comments:
Post a Comment