Monday 6 January 2014

MERCEDES KCX8 - PENJELASAN MUKHRIZ


Demi menghalalkan tindakkan pemimpin kesayangan macai macai pembangkang yang dilabel sebagai khalifah Umar Abdul Aziz membeli kereta mewah jenama Mercedes Benz untuk kegunaan rasmi, macai macai ini mula menyebarkan fitnah menuduh pula Menteri Besar Kedah ( UMNO ) iaitu Mukhriz Mahathir mengunakan kereta yang sama.



Ya memang betul pun kereta Merc Benz bernombor pendaftaran KCX 8 ini kereta untuk Menteri Besar Kedah tapi kereta ini sebenarnya dibeli ketika Kedah ditadbir oleh Pas..

Pembelian kereta mewah ini diakui sendiri oleh Allahyarham Tan Sri Ust Azizan dan Allahyarham selalu guna kereta ini untuk kegunaan rasmi..



Tetapi bila Kedah ditadbir semula oleh BN, YAB Menteri Besar sekarang Datuk Paduka Mukhriz memilih untuk mengunakan kereta lama Toyota Land Cruiser Cygnus model tahun 1998 no pendaftaran KBJ 8 sebagai kenderaan kegunaan rasmi beliau.

Seperti gambar dibawah.



Jadi kita boleh nilai sendiri pemimpin mana suka bermewah dan pemimpin mana yang merendah diri tidak bermegah..sumber



ALOR SETAR – Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baharu sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Mercedes Benz S300 yang digunakan beliau di Kuala Lumpur dibelinya dengan wang sendiri dua tahun lepas bagi mengurangkan kos kerajaan negeri.
“Tulisan dan lambang Menteri Besar Kedah pada nombor pendaftaran kenderaan itu bertujuan memudahkan saya memasuki pekarangan Istana Negara atau lain-lain urusan rasmi,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan staf Wisma Darul Aman Isnin.
Mukhriz berkata kerajaan negeri tidak membeli kenderaan baharu untuk kegunaan beliau atau anggota Exco selepas pilihan raya umum tahun lepas.
Beliau berkata Mercedes Benz S350 menggunakan nombor KCX 8 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi dibeli ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar manakala Mercedes Benz S320 dengan nombor pendaftaran KBV 8 dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2006.- BERNAMA

No comments: