Sunday, 5 January 2014

PASANGAN BLOGGER PORNO BERPISAH KERANA MASING-MASING CURANG


Hubungan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee kini ibarat rentak menanti belah apabila masing-masing curang antara satu sama lain.

Alvin bersedia memutuskan hubungan mereka apabila Lee mempunyai hubungan seks dengan orang lain di belakangnya sekaligus melanggar peraturan mereka untuk ‘bertukar pasangan’ hanya di hadapan satu sama lain.
“Saya telah berkira-kira menamatkan semua ini, kerana ia telah berlaku sekali lagi, ” kata Alvin kepada sebuah portal.
“Jika pembohongan yang berlaku, pendedahan adalah perlu. Sudah tentu, itu lebih mudah berkata daripada melakukannya,” tambah pemuda berusia 25 tahun itu.
Alvin dan Vivian yang dikenali dengan gelaran Alvivi telah bertukar pasangan seks sepanjang hampir dua tahun hubungan mereka namun Alvin berkata, mereka kekal memiiki emosi yang eksklusif antara satu sama lain .
Bagaimanapun dia mengaku komplikasi terhadap hubungan terbuka mereka itu.
“Saya sentiasa menolak untuk hubungan yang sama sekali terbuka tetapi dia tidak akan mengambilnya. Itulah yang merunsingkan saya. Dia bertindak seperti jenis eksklusif yang setia namun bukan di belakang saya,” katanya.
Entri terbaru pasangan itu “Alvin dan Vivian – Alvivi” Facebook baru-baru ini berbunyi: “Alvivi akan datang untuk berpecah tidak lama lagi. Terima kasih kerana mengikuti kami, tetapi ini adalah akhir. # ThatsIt “.
Namun Vivian pula memberitahu portal yang sama bahawa dia cuba untuk menyelamatkan hubungan mereka.
“Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan hubungan ini. Saya benar-benar inginkan dia. Kami telah bersama selama hampir tempoh dua tahun,” katanya.
“Saya rasa usaha saya adalah sia-sia. Beliau nampaknya tidak mahu lagi menyelamatkan hubungan kami, ” katanya sambil menambah bahawa bekas pasangannya itu juga telah menipunya pada bulan September lalu.
Pasangan itu menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila memiliki blog, Sumptuous Erotica yang memaparkan siri gambar-gambar dan video seksual mereka.
Blog itu kini tidak berfungsi lagi tetapi mereka mempunyai laman Facebook bersama dan saluran YouTube bertajuk “Alvin Vivian”.
Pada Julai lalu, selepas memuat naik gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman Facebook pada bulan Ramadan, pasangan kontroversi Alvin dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvi dan Vivian-Alvivi”.


Penerbitan itu adalah gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!)” yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Mereka juga didakwa bersama-sama memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.
Bagi tuduhan itu mereka didakwa mengikit Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagi tuduhan ketiga mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam dan 2 pagi, 6 dan 7 Julai lalu.– MalaysiaGazette

No comments: