Friday 3 January 2014

MICHAEL SCHUMACHER GENAP 45 TAHUN KETIKA DALAM KOMA

alt

GRENOBLE 3 Jan - Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher menyambut hari lahir ke-45 hari ini ketika masih dalam keadaan koma di hospital di sini selepas mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala akibat kemalangan ketika bermain ski.

Doktor dan ahli keluarganya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan terkini pemandu handalan Jerman itu yang dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu apabila kepalanya terhantuk batu ketika bermain ski di Banjaran Alp.

Difahamkan terdapat kenyataan bercanggah mengenai kelajuan ketika juara dunia F1 tujuh kali itu bermain ski dan ditimpa nahas di pusat peranginan ski Meribel. - AFP

No comments: