Friday, 3 January 2014

EXCO AGAMA SELANGOR 'MARAH' JAIS SERBU 'STORE' BIBLE !!!

"SAYA TIDAK TAHU", itulah antara kenyataan Sallehin Mukhyi berkenaan serbuan oleh 20 orang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara semalam yang turut merampas lebih 300 naskhah Bible bahasa Melayu dan Iban.



Bila ditanya wartawan tentang penangkapan ini, maka jawapan tidak tahu terus terpacul dari mulut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa ini. Umpamanya beliau tidak menjaga dan tidak mengambil tahu tentang segala tindakan dan apa yang terjadi dalam JAIS itu sendiri.

Adun Sabak ini sepatutnya lebih peka dengan segala tindak tanduk JAIS kerana beliau yang diamanahkan untuk menjaga jabatan itu.

Aku percaya jika Sallehin terus mengeluarkan kenyataan menyokong maka riwayat politiknya tidak akan lama seperti apa yang telah terjadi kepada Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa.

Masih menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab. Masih juga menunggu apa jawapan Sallehin tentang serbuan ini kerana ini melibatkan Islam dan penyebaran haram kristian.

Adakah beliau akan tunduk dengan desakan DAP supaya memulangkan semula Bible bahasa Melayu dan Iban kepada pihak Persatuan Bible Malaysia? Sama-sama kita nantikan   -  JB6

min22_400_273_100

Berikut adalah berita mengenai serbuan JAIS tersebut :

Petaling Jaya 2 Jan. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang ini.
Dalam serbuan tersebut, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong.
Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.
“Satu laporan polis telah dibuat dan mereka dibawa ke Balai Polis Damansara untuk memberikan keterangan berhubung serbuan itu dan kesemua naskah yang dirampas,” kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata sumber itu lagi, Min Choon dan Wong bagaimanapun telah dibebaskan atas jaminan polis kira-kira pukul 4 petang dan diarahkan hadir ke pejabat JAIS pada 10 Januari depan untuk siasatan lanjut.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd. Saad ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.
Beliau memohon kepada semua pihak memberi peluang dan ruang kepada bahagian penguatkuasaan JAIS dan polis untuk melakukan siasatan serta tidak mempolitikkkan isu itu.
Sementara itu, Min Choon ketika ditemui di perkarangan balai polis mendakwa, beliau terkejut dengan serbuan itu kerana mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengimport Bible versi bahasa Melayu.
“Sejak beberapa tahun lalu kami sentiasa berhubung dengan Putrajaya dan mendapat kebenaran untuk mengimport dan mengedarnya di Sabah dan Sarawak.
“Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan ‘penerbitan untuk Kristian’ di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu,” dakwanya.
Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.
Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

No comments: