Monday 27 January 2014

ADUN KAJANG SAH LETAK JAWATAN... SANDIWARA ANWAR ..???

adunpkr

SHAH ALAM 27 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat serta merta bermula hari ini.
 
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.
 
Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

 
“Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," katanya.
 
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
 
Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
 
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

No comments: