Saturday 25 January 2014

30 PEGAWAI KANAN POLIS HIDUP MEWAH MILIKI AKAUN PALING KURANG RM 1 JUTA HASIL KERJA RASUAH ???


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat lebih 60 pegawai kanan polis yang terlibat dalam gejala rasuah sehingga kini.


Penyiasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai kanan polis hidup mewah melebihi pendapatan mereka.

Kebanyakan pegawai kanan polis ini bertugas di seluruh negara dan didapati memiliki sekurang-kurangnya RM1 juta atau lebih dalam akaun bank mereka.

Pegawai ini tidak berselindung atau cuba menyembunyikan kemewahan mereka.

Usaha pencegahan rasuah itu merupakan satu usaha sama di antara SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Anggota polis berkenaan disyaki meminta rasuah kepada pemilik perniagaan haram di ibu kota.

Perniagaan itu meliputi perjudian mesin kuda sehinggalah ke sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pemilik perniagaan menyumbang RM10,000 hingga RM50,000 kepada anggota polis bagi mengelak premis mereka daripada diserbu dan perniagaan diganggu.

Berdasarkan siasatan SPRM, seorang pegawai kanan polis berpangkat "Datuk" baru-baru ini ditukarkan ke sekretariat polis di Bukit Aman.

“Datuk” itu disiasat SPRM setelah ditemukan RM6 juta dalam pelbagai akaun miliknya.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat “Datuk” itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis berkenaan. SUMBER

No comments: