Saturday 25 January 2014

PERKAHWINAN BAPA LEE CHONG WEI ... ???


PETALING JAYA : Kisah bapa jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei, Lee Ah Chai sekali lagi digemparkan di media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya bersama seorang wanita yang menggayakan busana pengantin di Facebook miliknya pada Jumaat.

Media sosial kecoh dengan berita mengenai bapa kepada jaguh badminton negara itu.

Ramai pengguna Internet memberikan mesej dengan ucapan selamat dan tahniah, manakala ada pihak yang membuat gurauan kepadanya kerana menjadi seseorang berprofail tinggi dan tidak ketinggalan ada yang menyindirnya.

Menjawab kepada kenyataan di laman Facebook Kwong Wah Yit Poh yang mempunyai 353 komen, 1,259 kongsi dan 4,000 tanda suka, Ah Chai yang turut dikenali sebagai Steven Lee berkata, beliau tidak kisah mengenai apa yang pengguna Facebook katakan, dan beliau percaya akan adanya balasan buat mereka yang berkata buruk tentangnya.

"Adakah awak tahu tentang hal keluarga saya? Jika sesuatu berlaku pada anda, dan mereka yang lain tidak tahu apakah sedang berlaku dan kemudiannya mengatakan sesuatu mengenai anda, dan pada masa itu anda akan faham (perasaan saya)," katanya.

Mengenai komen bahawa beliau merupakan seorang yang berprofail tinggi, Lee berkata, beliau sekadar mahu berkongsi beritahu itu dengan teman-temannya di Facebook.

Mengenai gambar yang disiarkan itu untuk tujuan perkahwinan, Ah Chai turut menyiarkan sekeping gambar lagi yang menunjukkan beliau berpakaian tuksedo dengan bowtie.

Wanita di dalam gambar perkahwinan itu pernah dilihat dalam beberapa gambar lain yang diambil bersama dengan Ah Chai, yang disiarkan di laman Facebook miliknya.

Keadaan itu menunjukkan bahawa beliau "sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang".

Ah Chai yang suka mendapat perhatian sebagai bapa Chong Wei dilaporkan bercerai dengan ibu Chong Wei pada April tahun lepas.

Beliau kemudiannya tinggal bersendirian di kediamannya di Bukit Mertajam.

Pada 2012, Ah Chai mendapat liputan media apabila beliau dilaporkan cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang kerana masalah keluarga. 

No comments: