Monday, 25 February 2013

JAMBATAN GANTUNG KG TAMBULIAN, UZUR DAN TIDAK SELAMAT


KADAMAIAN : Penduduk di Kg. Tambulian Laut (Luminodip) Kota Belud merasa dukacita diatas keadaan jambatan gantung yang tidak selamat digunakan lagi.

Jambatan ini merupakan satu-satunya kemudahan asas laluan bagi penduduk mahupun budak sekolah untuk aktiviti harian masing-masing.

Namun, ianya menyukarkan budak-budak sekolah rendah yang pergi ke sekolah melalui jambatan tersebut ke SK Tambulian, yang terletak di seberang sungai Tambulian.

Penduduk mengatakan jambatan tersebut telah di selenggara pada 3 tahun yang lalu namun hingga sekarang jambatan tersebut sudah mula usang dan tidak selamat di gunakan lagi.

Permohonan peruntukan untuk pembinaan semula jambatan ini telah dikemukakan oleh pihak JKKK kepada pihak yang berkenaan tetapi masih belum ada apa apa tindakan ke atas jambatan tersebut.

Seharusnya pihak kerajaan perlu mengambil serius akan kemudahan-kemudahan yang penting bagi kampung tersebut.

Jika perkara ini tidak diberi keutamaan ianya boleh mengundang risiko keselamatan budak-budak sekolah rendah bila-bila masa apatah lagi semasa cuaca buruk seperti hujan.

Mengikut salah seorang penduduk berkata, kadang kala budak sekolah lewat sampai ke sekolah semasa hujan kerana, mereka terpaksa berjalan di jambata! n dengan hati hati, ada juga budak sekolah yang tidak pergi ke sekolah semasa hujan.

Baru-baru ini SAPP Kadamaian telah meninjau keadaan jambatan gantung tersebut, dan mendapati banyak kerosakkan seperti kabel-kabel yang telah putus, kayu-kayunya juga telah patah dan ini mengakibatkan jambatan itu tidak stabil.

Bersama sama dengan beberapa budak sekolah yang mengguna jambatan tersebut masa pergi sekolah, Pengerusi SAPP CLC N7 Kadamaian, Pn. Agnes Liewpin cuba berjalan dan berpendapat bahawa jambatan tersebut wajib digantikan dengan jambatan gantung yang berkualiti dan selamat digunakan oleh orang ramai.

"Kg Tambulian mempunyai 2 buah sekolah iaitu SMK, Tambulian dan Sk, Tambulian dan jambatan gantung itu menjadi titik laluan antara kedua buah sekolah tersebut. SK Tambulian ini telah menjadi Tuan Rumah Pra Jambori 100 Tahun bagi pantai barat utara pada Jun tahun ini, 
jadi tidak wajar sekiranya kemudahan asas seperti Jambatan ini tidak di ambil tindakan dengan segera" kata Puan Agnes. SUMBER

No comments: