Wednesday, 4 December 2013

LAGI RUNTUH DI TERENGGANU......


DIKHABARKAN.... Sebahagian bumbung dan siling Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (TATIuC) di Teluk Kalung, Kemaman runtuh pagi tadi.


Bangunan Dewan Canselor TATIuC bernilai RM17 juta dirasmikan Oktober lepas mampu memuatkan 2,000 pelajar dan digunakan secara rasmi pada 30 Jun lalu sempena pendaftaran baru sesi kemasukan 2013/2014 dan Majlis Konvokesyen TATIuC kali ke-7 pada 28 September lalu.

Ini bukan laporan pertama mengenai kejadian bumbung runtuh berlaku di Terengganu. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Okt 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh. Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Feb lepas menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata sebuah lagi insiden bumbung runtuh telah berlaku di Terengganu, kali ini di Bangunan Dewan Canselor Kolej Universiti Tati (Tatluc) di Teluk Kalung, Kemamam, semalam.

Katanya, bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang dari 14 bulan selepas siap dibina. Kecewa dengan insiden yang sama, beliau berkata ia terjadi ekoran pelaksanaan dan urus tadbir yang lemah.

Katanya, bangunan berharga RM17 juta itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa. Paling mengecewakan, katanya, kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu.


Teman kata : Ingat runtuh je...ingat Terengganu,.  Ingat Terengganu, ingat runtuh.... hehehe

No comments: