Thursday 12 December 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 PADA 19 DISEMBER


KUALA LUMPUR 12 Dis - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.


Cara Semakan Keputusan PMR 2013 melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online. Arahan adalah seperti berikut : 

1) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
2) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
3) klik butang Semak Laporan.

Cara Semakan Keputusan PMR melalui sms

Type PMR<jarak >NO KAD PENGENALAN<jarak>ANGKA GILIRAN] dan send to 15888

contoh atas : PMR 701010101010 BCXXXXXXX Dan hantar SMS ke 15888

No comments: