Sunday 1 December 2013

AL-FATIHAH - DATUK FAUZI SHAARI BEKAS PENGARAH SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN, KEMBALI KE RAHMATULLAH


DUKACITA DIMAKLUMKAN Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan juga Bekas Ketua Polis Selangor telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang, kira-kira pukul 8.17 malam, sebentar tadi.



Empat hari lalu beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang. BACA DI SINI

Datuk Fauzi Shaari merupakan calon PAS di Parlimen Larut dalam PRU-13 yang lalu.

Allahyarham berumur 63 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah beliau di alamat No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Pengkebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetapkan lagi.

Nota : Akan diupdate dari semasa ke semasa

No comments: