Seorang tauke Cina memutus untuk tidak melayan ahli-ahli MCA di kedai makannya.
Dia bertindak demikian kerana tidak menyetujui kenyataan setiausaha agung MCA Kong Cho Ha yang telah mengingatkan kaum Cina agar jangan mengamalkan sikap konfrontasi.
Ngiam Chee Jieh bertekad akan menghalang mana-mana pelanggan yang berpakaian seragam MCA daripada masuk restoran miliknya itu, yang dipanggilRed Yeast, di Bukit Sri Bintang, Kepong.
Namun begitu, para politikus DAP amat dialu-alukannya.
Tak payah pun orang Melayu memboikot peniagaan Cina. Orang Cina sendiri yang pulaukan.
Habis madu, sepah dibuang
Masyarakat Cina tidak lagi mengambil kisah nasib dan halatuju MCA.
Mereka menganggap MCA hanya melukut di tepi gantang selagi masih duduk dalam BN.
Pengundi Cina telah menolak MCA secara besar-besaran.
Orang Cina merajuk kerana sering digelar “pendatang” selepas sekian lama menjadi warga selain asyik disuruh “balik Tongsan”. Itulah alasan mereka boleh begitu dahagakan perUBAHan.
Budaya sumbang khidmat MCA tidak lagi mempunyai apa-apa daya penarik bagi golongan Cina yang lebih teruja dengan cogankata ‘ketelusan’, ‘pentadbiran adil dan saksama’ beserta ‘kesamarataan’ yang diuar-uarkan DAP.
Kaum Tionghua sekarang sudah tidak takut dengan momokan Negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
MCA dijatuhkan talak tiga dan nyata langsung hilang pengaruh di kalangan orang Cina.
Keadaan nazak MCA ibarat ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’. Orang Cina sememangnya enggan berwakilkan MCA lagi.
Peluang untuk MCA bangkit semula agak tipis. Buat masa ini orang Cina, terutamanya mereka yang berada dalam lingkungan umur 30-45, memilih untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana mempercayai akan agenda ‘kerajaan bersih’ yang dijanjikan pembangkang.
Rumusan di atas menyingkap pendapat para penganalisa politik Cina yang diteruramah portal berita fz.com. Versi bahasa Inggeris dan butir-butir selanjutnya boleh dibaca di posting awal saya bertajuk ‘It’s now confrontation all the way‘.
No comments:
Post a Comment