Saturday 7 December 2013

ANNE NGASRI DI #PAU2013

alt

KUALA LUMPUR  - Pelakon popular Nasriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri melahirkan rasa syukur kerana menjadi salah seorang pewakilan Bukit Bintang UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 kali ini. 

 Anne Ngasri turut menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau menghadiri majlis Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU 13) dan diberikan peluang menjadi salah seorang perwakilan.
 
"Ini adalah pertama kali saya menghadiri PAU dan diberi peluang menjadi salah seorang perwakilan daripada Bukit Bintang.
 
"Dengan peluang yang diberikan, adalah menjadi tugas kami untuk menyatukan golongan muda supaya berminat dalam menceburkan diri dan berjuang untuk mempertahankan UMNO," katanya kepada pemberita Rakyat News di sini hari ini. 
 
Sementara itu, beliau turut mengulas ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Razak memberikan semangat dalam memperjuangkan UMNo.
 
"Secara peribadi, ucapan dasar tersebut membuatkan anak muda seperti saya berasa bersemangat dengan kata-kata Presiden yang bernas dan relevan dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan Bumiputera."
 
Terdahulu, Anne Ngasri yang berkahwin dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan dan kini bergiat aktif dalam Puteri UMNO.

No comments: