Tuesday, 12 November 2013

SHAH JAZLE NAFI KHALWAT, FARAH MENGAKU SALAH

farah kes khalwa

Akhirnya perbicaraan kes khalwat Shah Jaszle dan Farah yang terjadi sekitar Mei lalu telah pun bermula. Kes ini disebut di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Menariknya, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah manakala Farah Nurizzati Salleh, 21 mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.


Shahrizal (kanan) bersama peguamnya, Asyraf A. Ranee di Makmahah Rendah Syariah daerah Petaling pada Selasa. Foto ihsan Rotikaya.

Susulan pengakuan tersebut, Farah dikenakan hukuman maksimum iaitu denda RM3,000. Shah Jaszle kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500. Kes ini ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Januari 2014. Sama-samalah kita nantikan perkembangan seterusnya.

Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, membuat pengakuan itu di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Dalam kejadian 16 Mei lalu, Shahrizal dan Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 25, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada hari raya Aidiladha lalu.
Ketika di mahkamah, pelakon lelaki itu diwakili peguam syarie, Asyraf A. Ranee.

No comments: