Tuesday 12 November 2013

POTONG IBUJARI JIKA POLIS DAPAT TANGKAP PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK

facebook-cabar-polis

Sejak kes pengawal keselamatan yang menembak kejam seorang pegawai Ambank tempohari, berbagai-bagai persepsi kepada pasukan keselamatan negara, Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai andaian negatif. Malah kerajaan juga dipersalahkan di atas jenayah kejam ini.

Bermula menuduh kerajaan bersengkongkol berkaitan dengan kad pengenalan palsu hinggalah pasukan polis gagal mengekang kejadian jenayah tersebut. Tidak menghairankan.. Sudah menjadi lumrah pembangkang akan mempolitik apa jua kejadian yang berlaku dalam negara.

Ada juga yang menganggap pihak Polis tidak akan dapat mengesan dan menangkap penjenayah tersebut dengan alasan-alasan bodoh yang diberikan hingga sanggup memotong ibu jari jika Polis berjaya menahan dan menangkap penjenayah tersebut.

Penjenayah sudah ditangkap dan direman. Apa lagi, rakyat Malaysia menuntut tunaikan janji. Potonglah ibu jari kalau berani! AppleBiru


No comments: