Friday 15 November 2013

JOEMAR UPDATE STATUS DI AKAUN FB YANG BARU UNTUK KELIRUKAN POLIS ...???


Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM masih memburu perancang utama rompakan Ambank di Subang Jaya, Selangor pada petang 23 Oktober lalu, Joemar Omar. Setakat ini, belum lagi kedengaran berita penjenayah, rakan pembunuh, Loade Ardina Loade Rasila itu diberkas. 

Polis percaya, Joemar masih berada di Malaysia. Dua hari lalu, Joemar telah memadamkan akaun facebooknya. Mungkin dia menyedari, pelbagai informasi mengenai dirinya telah didedahkan kepada umum.

Saya menerima maklumat terbaharu. Joemar memiliki akaun kedua facebook dan aktif dikemaskini sejak kejadian pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib ditembak mati. Untuk rekod, RM428,200,  wang hasil rompakan masih berada di tangan Joemar sedangkan Loade Ardina meringkuk di lokap.


Berikut status terkini Joemar, menggunakan nama Munir Tarapedo Koasasino. Sebelum ini dia menyamar sebagai Osman Salleh dan bertugas sebagai pengawal keselamatan haram, klik di sini.


Mungkinkah benar dia kini berada di Dumai, INDONESIA? Atau sekadar cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan memaparkan maklumat itu? Sebagai penjenayah diburu oleh PDRM, mengapakah peru dia berkongsi maklumat kedudukan terkini? 

Di bawah, status facebook Joemar, 3 hari selepas kejadian rompakan bank.


Status pada 24 Oktober 2013 (sehari selepas kejadian)


Klik di sini untuk melihat status dikongsikan oleh Joemar.

Semalam, saya mendedahkan pendatang HARAM Indonesia mempunyai akses kepada pump gun.


Klik di sini.

Baca seterusnya.... di mazidul

No comments: