Kota Kinabalu : Seorang pemilik kedai telefon bimbit dikenakan hukuman denda RM15,000 atas kesalahan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, lebih empat tahun lalu.
Rutinin Suhaimin, 41, dari Ranau, dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi.
Tertuduh didakwa menyebarkan satu komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak menerusi sebuah laman blog pada 13 Februari 2009. BH
Sebelum ini, 4 tahaun lalu mStar pernah menyiarkan bahawa Rutinin Suhaimin telah di dakwa di mahkamah kerana beliau adalah antara 6 individu yang dikenalpasti telah menghina Sultan Perak di dalam satu laman blog melalui komen yang ditinggalkan. Bagaimanapun, Rutinin (ketika itu berumur 36 tahun) tidak mengaku bersalah di atas tuduhan terhadapnya.
No comments:
Post a Comment