Monday 7 October 2013

SUMBANGAN RM100 JUTA DARI ROBERT KUOK UNTUK BINA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI XIAMEN DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR : Universiti Xiamen kampus Malaysia - universiti pertama China yang akan ditubuhkan di luar negara, bertuah apabila menerima sumbangan RM100 juta daripada Tan Sri Robert Kuok untuk pembinaannya.


Kuok, seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong menderma sejumlah wang bagi pembinaan perpustakaan universiti itu yang merupakan sebahagian daripada bangunan utama.

Ini telah diumumkan oleh Tan Sri Ong Ka Ting, yang merupakan wakil khas perdana menteri semasa majlis makan tengah hari yang dihadiri oleh Presiden China Xi Jinping, Kuok, ahli perniagaan dan wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan.

Kampus berkenaan adalah sebuah kampus cawangan Universiti Xiamen di China dan akan dibina di Salak Tinggi, dekat Sepang.

Ia dijangka mula beroperasi pada September 2015. SUMBER

No comments: