Monday, 7 October 2013

PENGERUSI DAP MELAKA BUKA PEKUNG PARTI...???

GOH LEONG SAN (tengah)

Apabila Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengugut untuk mendedahkan perbuatan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, ia membuktikan ada perbuatan sedemikian dalam parti berkenaan.


Benar sekali parti itu kini berdepan kemelut perpecahan di Melaka tetapi ia bukan yang sesuatu yang mahu tahu atau ambil peduli.

Tetapi yang penting ialah pengakuan Leong San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong pada 4 Oktober lalu ialah berlaku perbuatan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Kini sah sudah bahawa DAP yang sering menuduh kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) ‘tidak bersih’ sebenarnya tindakannya untuk menutup kelemahannya sendiri.

Yang pasti hasil kenyataan Leong San itu, berlakunya penyelewengan berkaitan dengan dana parti itu. 

Walaupun Leong San mendedahkan perkara itu sebagai reaksi kerana beliau semakin hilang sabar dengan pemimpin Pusat DAP kerana campur tangan dalam hal ehwal parti itu di Melaka tetapi amat nyata, perbuatan itu pastinya berlaku bukan sahaja di Melaka.

Malah ugutan Pengerusi DAP Melaka bahawa beliau akan mendedahkan beberapa dokumen penting berhubung pemilihan calon dalam PRU-13 lalu jika pucuk pimpinan parti itu masih gagal menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi sekarang, membuktikan parti itu juga tidak demokratik kerana ada ‘campur tangan’ pihak tertentu dalam parti berkenaan.

""Saya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pemimpin Pusat parti gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi…Saya tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mendedahkan sesuatu jika ada pihak yang terus mendesak saya untuk melepaskan jawatan tanpa alasan yang konkrit," katanya dalam sidang akhbar di Melaka 4 Oktober lalu.

Jadi orang Melaka tak kan mahu berdiam diri.

Ambillah tindakan yang sesuai untuk membolehkan SPRM menyiasat mengenai penyelewengan dengan dana DAP Melaka berkenaan.

Dedahkan sifat dan amalan buruk pemimpin DAP biar orang Cina Melaka tahu bahawa parti yang mereka sokong atau beri undi pada pilihan raya umum lalu sebenarnya tidak bersih.

Jika berdiam diri bermakna kita membenarkan amalan penyelewengan selain membiarkan DAP mencaci BN berterusan sedangkan mereka lebih teruk seperti didedahkan oleh Leong San itu.

Kita tidak peduli DAP negeri itu hendak berpecah kepada dua atau berapa pun.

Kita juga tidak peduli dengan beberapa ADUN tidak menghormati Pengerusi negeri dan Jawatankuasa Perhubungan parti kerana tiada usaha pucuk pimpinan untuk memulihkannya.

Dengan mendedahkan penyelewengan itu juga kita membantu ADUN berkenaan yang kini dikritik hebat ekoran kenyataannya memuji pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dalam sidang DUN kelmarin.

Leong San patut dibantu daripada terus menjadi bahan kritikan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban.

Badan Bukan Kerajaan, UMNO serta pihak-pihak tertentu sewajarnya tidak melepaskan peluang yang terdedah ini apalagi yang mendedahkannya pemimpin kuat DAP di Melaka sendiri. SUMBER

No comments: