Wednesday, 23 October 2013

POKOK HIASAN BERACUN DI RUMAH ANDA.....

Jauhi Pokok Ini Dari Anak & Keluarga
Anda



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda
sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan
pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di
kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak
kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera
pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak
anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh
mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit
daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh
kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang
dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit.
Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun
pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam
mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang
berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa
mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak
diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus
membengkak dengan serta merta dan menghalangkan
penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak
dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan
saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya
memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-
sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia
berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh
di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu
diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Sumber : medlineplus

No comments: