Thursday, 17 October 2013

PERATUS MAUT AKIBAT KEMALANGAN LEBIH TINGGI KEPADA YANG OBESITI


KUALA LUMPUR : Adakah menggunakan telefon mudah alih ketika memandu punca utama kemalangan jalan raya?

Atau adakah kemalangan jalan raya kerap berlaku disebabkan "road rage" atau sikap agresif para pemandu?

Kajian baru-baru ini mendedahkan beberapa faktor kemalangan jalan raya yang mengejutkan secara global.

Semua orang berfikir mereka adalah pemandu yang baik, tetapi sebenarnya kemalangan kereta berlaku tidak kira apa tahap pemanduan anda. Jadi, apa yang menyebabkan kemalangan kereta?

Di sini adalah beberapa fakta menarik dan mengejutkan mengenai kemalangan jalan raya.

1) Orang-orang yang obes lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta

Berfikir untuk memulakan regim kecergasan untuk menurunkan berat badan?

Berikut adalah sebab utama untuk memulakannya secepat mungkin.

Kajian mendapati pemandu obes adalah 78% lebih cenderung untuk mati dalam perlanggaran kereta berbanding pemandu-pemandu dengan berat badan normal.

Menurut UC Berkeley’s Safe Transportation and Research Education Center (SafeTREC), obesiti mungkin menjadi faktor dalam kemalangan kenderaan yang membawa maut.

Melalui penyelidikan yang dijalankan, para penyelidik mendapati individu yang mempunyai klasifikasi obesiti tahap I Pertubuhan Kesihatan Sedunia (BMI 30.0 ke 34.9) adalah 21% lebih cenderung untuk mati berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Mereka yang berada dalam obesiti tahap II (BMI 35 ke 39.9) adalah 51% lebih cenderung untuk mati, dan mereka yang berada dalam tahap paling tinggi, obesiti III (BMI 40.0 ke atas), adalah 80% lebih cenderung untuk mati akibat kemalangan berbanding pemandu-pemandu dengan berat normal.

Apakah penjelasan di sebalik risiko tambahan ini?

Para penyelidik percaya bahawa bahagian bawah badan pemandu-pemandu obes ditolak lebih ke hadapan semasa impak sebelum tali pinggang keledar mencapai pelvis kerana lebihan tisu lembut, manakala bahagian atas badan kekal dihalang. Ini menghentikan pemandu daripada bergerak ke hadapan, yang boleh menyebabkan kecederaan maut, menurut para penyelidik tersebut.

“Ini menambah satu lagi item dalam senarai panjang akibat-akibat negatif obesiti,”penulis utama, Thomas M. Rice, pakar epidemiologi Transportation Research and Education Center di University of California, Berkeley, memberitahu New York Times. “Ia satu lagi sebab untuk turunkan berat badan.”

2) Telefon mudah alih mungkin bukan penyebab kebanyakan kemalangan kereta

Bercakap di telefon ketika memandu adalah dilarang dan ia dipercayai secara meluas sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan kereta.

Namun begitu, satu kajian yang dijalankan oleh Carnegie Mellon University (CMU) dan London School of Economics and Political Science mencadangkan yang bercakap di telefon ketika memandu tidak meningkatkan risiko perlanggaran.

Data kajian yang dianalisa daripada kebanyakan pembekal utama telefon mudah alih dan laporan-laporan kemalangan mendapati yang penggunaan telefon mudah alih tidak semestinya meningkatkan risiko perlanggaran seseorang individu.

Apakah sebab di sebalik penemuan yang bertentangan ini?

Menurut Saurabh Bhargava, pembantu profesor sains sosial dan keputusan di Dietrich College of Humanities and Social Sciences CMU, para pemandu mungkin mengimbangi gangguan penggunaan telefon mudah alih dengan memilih bila hendak membuat panggilan atau memandu dengan lebih berhati-hati ketika panggilan.

Namun begitu, menggunakan telefon mudah alih masih lagi satu gangguan utama ketika memandu dan ianya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Di Switzerland, Swiss Council for Accident Prevention menyatakan yang kurang tumpuan oleh pemandu-pemandu adalah sebab utama kemalangan jalan raya yang serius.

Pemandu-pemandu kenderaan biasanya terganggu oleh telefon mudah alih, penumpang, papan iklan dan terlalu banyak tanda jalan.

Menyimpan telefon anda ketika memandu adalah langkah terbaik, dan perbuatan yang sah untuk dilakukan, untuk mengelak membahayakan nyawa anda dan orang lain ketika berada di jalan raya.

3) Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta mungkin tidak mengurangkan kemalangan jalan raya

Baru sahaja membeli kereta baru dengan brek ABS dan beg udara di setiap tempat duduk?

Ciri-ciri keselamatan ini mungkin tidak mengurangkan risiko kemalangan jalan raya anda.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dr. Fred Mannering dari Purdue University mengenai kemalangan-kemalangan jalan raya di antara 1992 dan 1997, didapati tiada pengurangan besar dalam kemalangan walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang efektif.

“Orang ramai mempunyai penerimaan dalam soal tahap keselamatan. Jika mereka berasa lebih selamat kerana beg udara dan brek, mungkin mereka memandu dengan lebih laju atau memasang dan mematikan radio lebih kerap, dengan kata lain, sebagai ganti,” kata Mannering kepada New York Times.

Para pemandu dinasihatkan supaya berhati-hati walaupun dengan ciri-ciri keselamatan yang dipasang di dalam kereta mereka.

4) Pemandu-pemandu kereta dipersalahkan bagi kebanyakan kemalangan penunggang motosikal

Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kemalangan-kemalangan maut motosikal semakin meningkat dengan jumlah keseluruhan kematian 6,871 di Malaysia dalam 2010.

Para pemandu kereta selalu merungut mengenai sikap para penunggang motosikal yang kurang berhati-hati menyelit masuk dan keluar daripada trafik kerana turut membahayakan nyawa mereka.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kenderaan beroda empat dan kenderaan beroda dua bertembung?

Menurut kajian Florida Department of Transportation baru-baru ini, para penunggang motosikal adalah betul. Pemandu-pemandu kereta dan trak kebanyakannya melakukan kesalahan, biasanya gagal memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan kecil.

Ia berbaloi untuk memberi tumpuan lebih dan berhati-hati, terutamanya apabila laluan khas penunggang motosikal tidak tersedia.

5) Para pemandu wanita Malaysia lebih marah tetapi kurang mengalami kemalangan berbanding lelaki

Para pemandu wanita Malaysia didapati lebih marah berbanding lelaki sebagai pemandu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Namun begitu, walaupun tahap kemarahan mereka tinggi, pemandu wanita mengalami kurang perlanggaran dan maut jalan raya.

Karen Goonting, penyelidik MIROS dan pakar psikologi berkata, walaupun dengan kecenderungan mereka untuk berasa lebih marah, terdapat kurang pemandu-pemandu wanita terlibat dalam kemalangan kerana mereka biasanya menyimpan rasa marah mereka.

“Lelaki lebih cenderung untuk bertindak dengan kemarahan mereka dan meluahkannya secara fizikal, berbanding wanita. Ia juga mungkin faktor budaya. Biasanya ia tidak diterima bagi wanita Asia untuk bersikap agresif secara terbuka,” kata beliau kepada The Star.

Penemuan kaji selidik berikut mungkin mengejutkan tetapi ia sememangnya membantu para pemandu untuk memberi tumpuan lebih dan mengelak sikap berisiko tinggi ketika berada di jalan raya.

Senarai yang berguna ini akan membantu para pemandu lebih berhati-hati dalam pemanduan mereka dan berjimat lebih dalam Diskaun Tanpa Tuntutan/No Claim Discounts (NCD).

Untuk melindungi diri anda dan kenderaan anda dengan lebih baik dalam situasi kemalangan jalan raya, pilih insuran kereta komprehensif yang terbaik.

Bandingkan pembekal-pembekal insuran kereta dan memperbaharuinya semula secara online dengan kalkulator insuran kereta iMoney.

No comments: