Monday 2 September 2013

SAHIH.....RON 95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN BERMULA TENGAH MALAM INI....UTUSAN ONLINE MENIPU...???

Post image for HARGA MINYAK RON95 DAN DIESEL NAIK RM0.20

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.

“Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet
.
Sebelum itu, pada petang tadi.... di Utusan Online..... kenapa menafikan? Utusan Online penipu...???





1 comment:

Unknown said...

President Persatuan Pengusaha Minyak Petron ni menipu orang ramai.

Segaja nak ambil untung banyak stok lama dijual dengan harga baru.