
Kami di’fahamkan majlis yang berlangsung pada petang Ahad, 1 September 2013 ini bukanlah resepsi penuh perkahwinan Abby Abadi & Farhan — ianya lebih kepada hybrid rumah terbuka Aidilfitri & meraikan pengantin baru ini.

Gambar di’atas diambil oleh rakan media, Media Hiburan yang berkesempatan hadir ke majlis pasangan Abby Abadi & Farhan yang telah berlangsung di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan peminat.

Kami tidak mempunyai gambar lain sekitar majlis ketika & pastinya akan kongsikan dengan anda semua jika ada — sementara itu, layankan gambar pasangan Abby Abadi & Farhan ini.
Sumber : Rotikaya

No comments:
Post a Comment