Friday 20 September 2013

MENITIS AIRMATA PESERTA NIGERIA DIUMUMKAN RATU CANTIK MUSLIMAH DUNIA


Jakarta : Wakil dari Nigeria menitiskan air mata ketika berdoa dan membaca ayat al-Quran selepas diisytihar sebagai pemenang pertandingan ratu cantik muslimah dunia di Jakarta semalam.

Seramai 20 peserta dari enam negara - dengan pakaian menutup aurat - tampil dalam pusingan akhir dilangsungkan malam kelmarin.

Tidak seperti pertandingan ratu cantik biasa, peserta dinilai berdasarkan kepada kemahiran membaca al-Quran serta pandangan mereka mengenai Islam dalam dunia moden. Selepas dinilai panel juri memilih Obabiyi Aishah Ajibola sebagai pemenang pertama. 
Mendengar namanya diumumkan, gadis berusia 21 tahun itu melutut dan berdoa, kemudian menyeka air matanya sambil membaca ayat al-Quran. Obabiyi memenangi hadiah bernilai kira-kira RM6,900 serta pakej mengunjungi Makkah dan India. Kata Obabiyi, dia menyertai pertandingan itu bukan untuk bersaing dengan peserta lain.
“Kami cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Islam itu indah,” katanya. Pertandingan itu dianjurkan Eka Shanti yang dipecat daripada tugasnya sebagai hos utama stesen televisyen Indonesia kerana bertegas enggan menanggalkan tudung ketika bertugas. - AFP

No comments: