Saturday 7 September 2013

AL-FATIHAH _ PELAKON MAIMON MUTALIB KEMBALI KE RAHMATULLAH..... INNALILLAH.....



KUALA LUMPUR : Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah disembahyangkan di Surau Al-Irsyadiah di sini dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kampung Sialang,  Tangkak,  Johor malam ini.




Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16. 


Antara filem lakonan Allahyarhamah adalah Cermin, CUCI, Pensil, Appalam, Otai, Semerah Cinta Stelleto, Chantek dan Budak Pailang.

Allahyarhamah juga cukup popular dengan penampilan pelbagai watak menerusi puluhan drama televisyen.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan roh orang2 yang soleh dan beriman.... Al-Fatihah.....

No comments: