Tuesday, 6 August 2013

MENJELANG 1 SYAWAL : SMS 'RAYA' YANG 'MELEGAKAN' RITA RUDAINI.....


Mungkin inilah SMS Raya paling 'pilu' yang diterima oleh isteri daripada suaminya di saat Ramadhan hampir berpenghujung....

Kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Rita telah pun menerima SMS permohonan cerai daripada suaminya. Tambah menyedihkan, SMS tersebut diterima ketika Rita ketika hari jadinya yang ke 36.



Dalam SMS berkenaan Aidil menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.” Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. Kata Rita:-
Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi SMS tanpa memberitahu alasannya.
Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan. 

Desas desus ada mengatakan bahawa penceraian itu banyak berpunca dari munculnya seorang wanita dalam hidup Aidil yang dikenali sebagai Zarema yang juga anak bekas ADUN malah Rita turut meluahkan rasa hati yang bengang dengan kewujudan wanita tersebut.

Bagi mendapatkan kesahihan berita ini, Aidil Zafuan yang ditemubual namun enggan mengulas lanjut tentang isu itu dan hanya meminta supaya semua pihak menunggu jawapan dari perbicaraan di mahkamah.

“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.

“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,”

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.” ujar Rita Rudaini ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian.

No comments: