Tuesday 30 July 2013

SUSPEK TEMBAK MATI PENGASAS ARAB-MALAYSIA, DIKENALPASTI.....



Polis sudah mengenalpasti suspek yang menembak mati pengasas Arab-Malaysia Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya percaya tiga penjenayah termasuk penembak terbabit adalah mereka yang diupah ataupun pembunuh upahan.

"Kita sudah mengenalpasti kumpulan terbabit berdasarkan pemeriksaan dan penelitian rakaman kamera liter tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Malah, kita mempunyai petunjuk positif dan percaya kumpulan terbabit akan dapat diberkas dalam masa terdekat," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambahnya, keadaan isteri mangsa, Cheong Mei Kuen, 49, yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota dilaporkan stabil.
Katanya, sehingga kini pihaknya sudah merakam percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

1 comment:

Unknown said...

Hurm... Hari ni je mangsa ke tujuh dalam masa tujuh hari kes ditembak. Menjadikan kes ke 27 dalam 4 bulan ini sahaja. Nampaknya kena lah beli kereta kalis peluru. Untuk bibik... Lolol

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kes-tembak-menembak-mati-shooting-spree-di-malaysia-najadi-sanjeevan.html