Friday, 5 July 2013

PELAJAR PERAK DI MESIR AKAN DIBAWA PULANG ...???


Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir memberi jaminan bahawa kerajaan negeri mungkin membawa pulang para pelajar tajaannya di Mesir jika stituasi di negara bergolak itu berada dalam keadaan tidak terkawal.

Bercakap pada media selepas mesyuarat mingguan EXCO di pejabatnya Rabu,beliau berkata pihaknya sedang memantau perkembangan di Mesir. “Jika keadaan memerlukan, kita akan bawa para pelajar kita pulang.”
Para pelajar Perak menuntut dipelbagai universiti di Mesir dengan ditaja melalui biasiswa dan pinjaman oleh kerajaan negeri, Yayasan Perak, Majlis Agama Islam Negeri Perak dan perbelanjaan persendirian.
Ketika kemuncak demonstrasi   pada 25 Jan, 2011 yang mengakibatkan rejim Hosni Mubarak tumbang, kerajaan negeri membawa balik para pelajar tajaannya.  
Melalui bantuan kerajaan pusat para pelajar Malaysia termasuk dari Perak dibawa pulang menggunakan pesawat khas seperti  RMAF C-130H Hercules, RMN Bunga Mas, Air Asia X Airbus A330, MAS B747. Ia membabitkan kira-kira 10,000 pelajar.
Kini kira-kira 700 pelajar terdiri  pelajar dari negeri Perak.
Mengulas lanjut Dr.Zambry berkata kerajaan negeri juga berurusan dengan kedutaaan Malaysia di Mesir bagi mendapat maklumat mutakhir serta tahap situasi ekoran demonstrasi besar-besaran di sana.
 Kerajaan Malaysia kini mewujudkan pelan keselamatan membabitkan langkah proaktif seperti menggerakkan mesyuarat jawatankuasa teras kontijensi. Ia membabitkan perjumpaan antara pihak kedutaan, (KBMK), EME, agensi penaja dan agensi lain, pegawai-pegawai rumah negeri serta semua wakil kelab dan persatuan pelajar.
Bilik gerakan dibuka 24 jam di semua peringkat dan governorate (wilayah); di KBMK, Dewan Malaysia Abbasiah (DMAK), rumah-rumah negeri dan persatuan pelajar.
Sementara itu arahan sudahpun dikeluarkan pada para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir supaya menghindari kawasan perhimpunan seperti di Kaherah,Iskandariah,Mansoura,Zaqaziq dan lain-lain.
Arahan itu dibuat Menteri Pendidikan kedua, DS Idris Jusoh yang antara lain meminta pelajar kita tidak menyertai tunjuk perasaan atau petisyen anjuran rakyat di negara berkenaan.
Ini termasuklah sama ada di dalam kampus ataupun di luar kawasan universiti seperti di jalan-jalanraya dan sebagainya.
Mengenai laman-laman maya yang menjadi penjana maklumat tidak sahih, Idris berharap para pelajar tidak mempercayai ataupun menjadi agen menyebar sama khabar-khabar angin terutama menggunakan sms, fb, twitter, blog dan email.
Pagi ini media Malaysia diberitahu bahawa demonstrasi itu telah mengakibatkan 16 orang terkorban; manakala 781 orang warga Mesir cedera. Bagaimanapun tidak ada maklumat pelajar Malaysia terbabit serta cedera ataupun mati.
Untuk rekod Mesir mula bergolak beberapa tahun laulu lalu menyaksikan Hosni Mubarak yang memerintah Mesir secara “kuku  besi” tumbang. Ia adalah rentetan pada arab spring yang melanda beberapa negara arab di Timur Tengah.
Mesir dibawah Hosni walaupun dilihat sebagai rejim  pro barat khusus pro Amerika Syarikat namun pihak barat gagal menyelamatkan Hosni dari ditumbangkan. Kuasa rakyat jauh mengatasi keupayaan badan perisik AS memastikan Hosni selamat.
Arab spring juga merebak di Libya sehingga Muammar Ghadafi terkorban dalam kebangkitan rakyat.  Untuk rekod Ghadafi bukanlah pilihan barat kerana dizamannya, dasar anti-barat diperlihatkan secara terbuka. Tak hairan Ghadadfi memilih negara-negara seperti Cuba dan Venezuela untuk menjalinkan persahabatan dengan lebih rapat.
Apa yang berlaku sekarang ialah puak yang menuntut  Presiden Mesir Dr.Mohamed Morshi digulingkan dikenali dengan nama Tamarrud atau rebellion. Rakyat yang tidak sukakan Morshi dan Ikhwanul Muslim atau Ikhwan memberikan sokongan.
Mereka memilih 306 atau 30 Jun 2013 sebagai tarikh keluar berdemonstgrasi di seluruh Mesir. Antara medan tumpuan ialah Tahrir Square dan Ittihadia, juga merupakan Istana presiden di Heliopolis.
Bagi Morshi kebangkitan rakyat itu  bukan melibatkan semua kerana puak menyokong kepimpinannya juga turut berdemonstrasi. Ia sebagai tanda sokongan pada presiden pertama dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir berbanding dengan zaman Hosni dulu.
Sementara Morshi berjuang untuk jawatannya, Dr.Zambry berkata keadaan di Mesir sangat membimbangkan dunia. Ketika mengulas lanjut insiden di Mesir, beliau berharap rakyat khusus rakyat di negeri Perak mengambil ikhtibar dari peristiwa ini.”Tidak ada siapa yang untung dalam insiden seperti ini . .. .yang pasti susah ialah rakyat kebanyakkan yang terpaksa menanggung kesusahpayahan.”
“Ia bermula dengan penunjuk perasaan berjaya menjatuhkan regim Hosni Mubarak kerana mahukan sebuah pentadbiran yang lebih demokratik  tetapi apabila tuntutan mereka berjaya dan Morshi dipilih sebagai Presiden melalui pilihanraya, terdapat sebilangan besar rakyat yang tidak berpuashati  mahukan beliau meletak jawatan.
Katanya rakyat di negeri ini harus sedar  bahawa cara mengulingkan kerajaan pilihan rakyat melalui pilihanraya   yang dibuat melalui demonstrasi jalanan bukanlah cara terbaik. Yang menderita kelak ialah rakyat jelata.
"Peristiwa di Mesir memberi satu gambaran dan pengajaran yang jelas kepada  rakyat Malaysia supaya dapat kita tenung-tenung dan renung-renung betul-betul.
"Apabila setiap daripada golongan tertentu menggunakan jalan raya dan berdemonstasi sebagai jalan untuk menumbangkan sesebuah kerajaan meskipun sebuah kerajaan yang dipilih secara sah maka itulah yang berlaku akhirnya kedua-dua belah pihak turun ke jalan raya dan berlaku pertembungan yang hebat.
"Sepertimana yang berlaku di Mesir , mereka berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap zalim, diktator waktu itu iaitu kerajaan Mubarak dan mereka membentuk sebuah kerajaan baru yang dikatakan lebih demokratik dan mereka telah memilih sebuah kerajaan yang demokratik dengan melantik Morshi (pilihanraya presiden) sebagai Presiden Mesir
“Tetapi hari ini, mereka masih lagi melakukan demonstrasi dan mahu menjatuhkan Morshi pula...persoalannya, bilakah mereka akan berhenti berdemonstrasi, mencetuskan kacau bilau dan keadaan tenang dalam negara itu ‘’ Tanya Menteri Besar.
Dr.Zambry menambah tetapi pada hari ini juga melalui demonstrasi jalanan seorang pemimpin yang dipilih itu akhirnya mahu ditumbangkan.
"Bayangkan gambaran itu berlaku di Malaysia sepertimana kita lihat baru-baru ini, jadi keadaan itu tidak akan memberikan gambaran yang baik kepada kehidupan kita di Malaysia,’’ katanya.
Beliau berkata dalam konteks ini, kerajaan BN  sentiasa  memelihara keamanan supaya kehidupan bernegara yang sangat penting ini terus dijaga.
Katanya "Jadi barang dijauhi Allah negara kita daripada terjerumus ataupun mengikut langkah-langkah golongan seperi ini.’’
Beliau juga mahukan laman-laman sosial seperti fb,twitter dan sebagainya tidak digunakan sewenang-wenangnya dengan menabur fitnah untuk menjatuhkan kerajaan . AD

No comments: