Wednesday, 31 July 2013

KES TEMBAK INDIVIDU SEHINGGA MENJELANG 1 OGOS 2013.....


Kes tembakan yang menggerunkan kita...Bukan di Mexico, bukan di Brazil..tapi Malaysia !

a) 1 April 2013 - Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong.



b) 26 April 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

c) 7 Mei 2013 - Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang, Hulu Selangor.

d) 25 Mei 2013 - Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

e) 27 Mei 2013 - Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati, Nilai.

f) 28 Mei 2013 - Kes menetak, mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

g) 2 Jun 2013 - Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau, Butterworth.

h) 7 Julai 2013 - Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

i) 8 Julai 2013 - Pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kota Bharu selepas terkena tiga das tembakan.

j) 13 Julai 2013 - Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown.

k) 17 Julai 2013 - Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah.

l) 24 Julai 2013 - Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

m) 26 Julai 2013 - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut.

n) 28 Julai 2013 - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

o) 29 Julai 2013 - Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.


p) 31 Julai 2013  -  Seorang pemandu van, N. Jeevandran, 26, mati ditembak ketika memberhentikan motosikalnya di satu persimpangan di Jalan Permai Utama berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian

No comments: