Saturday, 20 July 2013

HUSAM SUDAH TAKUT...TARIK BALIK SAMAN BLOGGER.....



KUANTAN : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada Jumaat menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu.
Husam yang tidak hadir pada prosiding semalam diwakili peguam Ahmad Mustaqim Zaki dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Syed Azidi diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan dalam kamar agar Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan tersebut.

Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.

Katanya, plaintif datang ke mahkamah pada hari ini untuk menarik semula kes tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

"Mereka juga minta tidak ada kos. Jadi saya bantah, saya kata tidak boleh sebab kes telah berjalan sampai tiga saksi dipanggil. Saya kata kalau hendak tarik boleh tapi dengan tidak boleh failkan semula.

"Yang kedua kami minta kos RM40,000 kepada defendan dan mahkamah membenarkan permohonan kami. Mahkamah juga membenarkan permohonan kami agar kes tersebut tidak boleh failkan semula," katanya.

Pada 19 September 2011, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.

Artikel tersebut bertajuk Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Pada 9 Oktober tahun yang sama, Kickdefella memohon Mahkamah Tinggi Kota Baharu memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 April tahun lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.

Petikan : Astro Awani

No comments: