Monday 8 July 2013

GEMPAR !!! GPK HEM MAUT DITEMBAK KETIKA KELUAR DARI PERKARANGAN SEKOLAH

( UPDATE )



Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini, maut dipercayai ditembak sebaik keluar dari pekarangan sekolah itu, petang tadi. 

Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki kereta keluar dari kawasan sekolah itu kira-kira jam 2 petang. 


Difahamkan, orang tidak dikenali telah melepaskan 4 das tembakan dan mengenai dada guru tersebut, Encik Hashim.... 

Berita selanjutnya......





Klik ... di sini .... untuk melihat video

KUALA LUMPUR : Seorang guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok maut terkena tiga dari empat das tembakan yang dilepaskan oleh individu yang tidak di kenali berhampiran sekolah tempat beliau mengajar.


Mangsa dikenali sebagai Hashim Mat Zin, 43 tahun dari Bachok, Kelantan.

Menurut Ketua polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mangsa merupakan guru penolong kanan hem di sekolah berkenaan.

Katanya dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengahari tadi, mangsa yang keluar dari sekolah dikatakan ingin menuju ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur.

Selepas 300 meter dari pagar sekolah, individu yang tidak dikenali telah melepaskan empat das tembakan yang mengenai cermin belakang kereta dan pintu hadapan sebelah pemandu.

Mangsa yang memandu kereta jenis Mercerdes Benz telah terbabas memasuki perkarangan sebuah rumah dan dipercayai mati di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan pihak forensik, tiga tembakan mengenai badan dan lengan mangsa.

Selain bertugas sebagai guru, mangsa juga giat menjalankan perniagaan, antaranya balak, kontrak kantin sekolah, jualan langsung dan sebagainya.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa terlibat dengan hutang dan motif kejadian berkemungkinan berpunca dari hutang.

Jalaluddin bagaimana pun meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil dan memberkan kejrjasama kepada pihak polis.

Mangsa juga mempuntai jawatan dalam politik serta aktif berpolitik.

Kejadian tembakan melibatkan guru ini merupakan yang kedua berlaku.

Pada 4 julai lalu, seorang guru dari sebuah sekolah rendah di tumpat cedera ditembak di bahagian leher.

Guru yang berasal dari kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di hospital raja perempuan zainab ii dan keadaannya dilapor stabil.

Sementara itu rakan setugas mangsa, Saziman Othman, terkejut dengan kejadian yang menimpa rakannya.

Katanya beliau tidak menyangka rakannya mati di tembak kerana mangsa tidak mempunyai musuh dan bergaduh dengan sesiapa.

“Dia ngan member-member tak ada masalah, dia frenly, saya tau member call tadi, saya balik awal, saya datang balik,” kata Saziman.

Beliau menjelaskan, mangsa meninggalkan lima anak.

Saziman menjelaskan, pagi tadi beliau ada bertemu mangsa dan keadaannya seperti biasa dan sentiasa bergurau dan mesra dengan rakan-rakan lain.

Laporan : Asto Awani

No comments: