Batu yang hidup mungkin di anggap mitos apabila batu semakin membesar dijumpai, tetapi satu batu ini benar-benar satu makhluk yang menyerupai "batu". Dimana dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai "Gnarly".
Gnarly merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.
Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.
Saksikan video makhluk yang aneh ini...
Antara fakta menarik tentang Pyura Chilensis ini adalah cara pembiakan makhluk ini adalah secara aseksual iaitu pembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.
No comments:
Post a Comment