


Y.A.M Tengku Amalin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Y.A.M Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat sarjana undang-undang di Universiti Melbourne, Australia.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur, Tengku Amalin telah menjawat jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku pernah berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pendaftar.

Dianugerahkan Darjah Kebesaran tertinggi Kelantan iaitu Darjah Kerabat Al-Yunussi (DK) cukup membuatkan kita berasa bangga kepada beliau. Dalam usia begitu muda sudah mendapat tempat di dalam Istana Kelantan dan menjadikannya sebagai salah seorang puteri raja yang amat berpengaruh. Jika dilihat ramai, hubungan Keluarga diraja Kelantan dan Johor amat erat dan ini ditambah lagi Yang Amat Mulia Tengku Amalin menjadi kerabat damping dengan Paduka Puteri Sultan Johor.

Y.A.M Tengku Amalia bertunang dengan Pengiran Muda Abdul Qawi pada April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan. Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan.

Cantik dan ayu YAM Tengku Amalin. Semoga perkahwinan baginda berkekalan hingga akhir hayat.

Tengku Amalin Aishah Putri mengenakan busana pengantin rekaan khas dari pereka terkenal Radzuan Radziwill. Kemasan busana yang sangat kemas, sentuhan potongan yang sangat teliti, nampak cantik dan sepadan dengan wajahnya yang jelita. Pereka ternama ini turut berkongsi gambar sekitar majlis berlangsung. Sangat meriah.

Lagi Gambar2 Perkahwinan Diraja Tengku Amalin A’ishah Putri & Pengiran Muda Abdul Qawi


















Kredit Foto : Facebook Radzuan Radziwill

No comments:
Post a Comment